Monday, December 16, 2013

Pengalaman berniaga perfume PART 1

Mula berkecimpung dalam perniagaan perfume pada tahun 2000 bermacam-macam dugaan pahit manis yang telah ditempuh, jatuh bangun sudah menjadi asam garam dalam apa-apa juga jenis perniagaan. Kali ini admin ingin berkongsi seba sedikit pengalaman perniagaan perfume yang pernah dicuba dari tahun 2000 hingga tahun 2013(current calendar year).



Bermula dengan menjual perfume original reject, admin memulakan perjalanan dalam bidang perfume, dengan bermodalkan simpanan RM500, admin mula membeli stok dan menjual pada rakan-rakan yang dikenali, termasuk rakan-rakan dari sekolah rendah,menengah dan kolej dan juga rakan karib. Ramai yang menjadi pelanggan tetap hingga kini. Untung boleh tahan, belanja harian pun kurang meminta daripada akaun PAMA (papa & mama).

Pada tahun 2005, admin berkenalan dengan sepupu seorang rakan di Pulau Pinang. Beliau mengenalkan admin dengan produk perfume baru. Modal amat rendah, produk perfume ini diberi nama perfume Dubai atau AA atau AAA.

Pada waktu itu memang tiada lagi penjual yang menjual perfume AAA ini  di pasaran Malaysia inikan pula internet(maybe ada..tapi admin xjumpa kot). Kira admin memang rasa pioneer la dalam bidang perfume AAA ni dan reject ni. Perniagaan perfume reject masih dijalankan seperti biasa ditambah pula dengan perfume AAA admin dapat menyediakan pelanggan dengan pilihan yang lebih murah the downfall is that the quality has also been compromised.. tapi waktu tu tidak ramai pelanggan yang tededah dengan kepentingan dan kepuasan membeli produk berkualiti, asal murah jalan.



Perniagaan perfume AAA rancak, tetapi tidak lama bertahan. Bila ramai pelanggan yang tidak berpuashati dengan kualiti dan ketahanan bau produk tersebut. Adoyai. Perniagaan perfume AAA diberhentikan operasi, yang peliknya ramai pula peniaga-peniaga lain yang mula menjual produk perfume AAA, hinggakan sekarang tidak terkira banyaknya di offline mahupun online.


To be Continued

1 comment:

  1. 2017 ford fusion hybrid titanium - iTanium-Arts.com
    2017 titanium apple watch band ford fusion hybrid titanium. This nano titanium ionic straightening iron titanium-art will serve as titanium white octane blueprint a transitional solution to what the original Fusion Core Duo model camillus titanium could serve as a titanium price per ounce transitional

    ReplyDelete