Gambar diatas ialah sebahagian tester perfume admin yang sedang dalam proses cas semula (recharge). Mungkin rakan2, saudara mara, sahabat handai, dan keluarga admin akan melihat perkara ini sebagai perkara yang pelik disisi akal.. buka je pintu peti ais akan kedengaran lah suara yang macam.. "mak aih kau.. minyak wangi pun nak aircond..." "hilang akal dah" tapi selalunya admin akan respon pada suara yang berbunyi soalan.. "buat ape letak pewangi dalam peti ais?"
Perfume@fragrance@minyak wangi memang diketahui dibotolkan dengan cara "machine seal" dan tidak dipenuhkan sehingga penuh macam air mineral, jika beli perfume, free space mesti lebih kurang 1cm dari tengkuk botol. ini adalah sebagai cara menangani tekanan dari dalam botol supaya perfume tidak bocor atau meletup kesan daripada tiada ruang untuk pergerakan tekanan. pening2..
Diketahui juga, perfume dikeluarkan berperingkat dan ada perfume yang berusia lebih daripada 10 tahun tetapi masih mempunyai kualiti produk baru dengan kaedah penjagaan yang betul.
Perfume juga disimpan didalam stor bersuhu bilik pada jangka masa yang lama sebelum proses penghantaran, ini menyebabkan pati perfume dan campuran air dan alkohol tidak bercampur dengan baik, ditambah pula ke tidak sebatian apabila perfume tersebut melalui proses penghantaran ke serata pelusuk dunia yang mengambil masa paling kurang 1 bulan, ditambah pula dengan masa penyimpanan oleh pengedar2, kemudian dihantar lagi kepada penjual2, kemudian disimpan lagi didalam stor penjual..
Akhirnya sampai juga perfume2 kepada si pembeli.. dan pemakai.., Disini admin kongsikan satu cerita daripada pembeli/pemakai. Satu Tengahari pembeli A ingin membeli perfume berjenama Elizabeth Arden 5th Avenue 125ml EDP.. jadi pembeli A pun cuba perfume tester di outlet yang menjual. Setelah try sembur Pembeli A masih tidak membeli, dia ingin tengok dulu berapa lama bau perfume ini boleh tahan dikulit beliau.
Fortunately memang tahan dari tengahari sampai 10 jam dikulit, lepas mandi pun masih ada bau lagi .. edp kan, jadi esoknya pembeli A ni confirm pergi beli.
Unfortunately produk yang dibeli tak tahan macam tester yang dia pakai semalam.. jadi kebetulan dia meluahkan perasaan kepada admin. katanya "saya ada beli perfume original di kaunter tapi xtahan macam yang tester mereka bagi kat saya cuba"
Maka terpanggillah admin utuk berkongsikan kebenaran,strategi dan teknik penggunaan dan penjagaan perfume. Admin tanya balik "miss, nak tanya sikit, rajin ke pakai perfume? dan berapa lama tahan sebotol perfume yang miss pakai?"
"Saya rajin pakai hari2 pakai siang pakai malam pun pakai"paling lama 6 bulan kata pembeli A.
Sebenarnya perfume boleh bertahan selama lebih daripada 6 bulan.. setahun pun boleh.
Syarat dia sebelum pakai ,perfume yang baru dibeli disimpan dalam peti ais selama 3 hari 3 malam berturut2, jangan picit lagi penyembur dia.., baru beli..balik rumah, masukkan terus dalam peti ais.. dengan kotak2 sekali pun xpe. :)
Hasil dari usaha ini, molekul2 pati perfume dan bahan lain akan sebati semula, Teknik ini admin panggil "recharge". Bau perfume akan kembali seperti asal, macam mula2 dihasilkan oleh pihak pengeluar. Bau perfume juga akan tahan lama seperti yang diwar warkan 8 jam hingga 12 jam, setengah2 perfume yang tahan 24jam pun ada.
Perfume yang kita selalu pakai tahan 6 bulan sebab bau tak di recharge, jadi bau da kurang power dari sepatutnya, jadi kita akan over spray perfume tersebut. Tester di shopping mall, butik atau counter shop bau dia sedap sebab tempat letak perfume tester tu sejuk, air cond dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam kan.. jadi perfume hari2 recharge tanpa disedari.
Next post admin akan cuba buat review perfume, selsema pun da ok so boleh menghidu dengan sempurna kembali. Kalu x ok lagi mungkin akan post tentang kaitan jenis darah dengan perfume. Until next time
Admin
Humanperfume
Sy beli perfume dkt mall,adakah perlu buat proses ni?
ReplyDeleteRetail packaging pun smpn tempt sama dgn tester...