Monday, December 16, 2013

Pengalaman berniaga perfume PART 3

Admin sememangnya meminati perfume dan mengumpul perfume, tapi admin kumpul yang original saja. Sebab sebagai penjual perfume, mmg semua jenis variasi perfume admin dah cuba , dari perfume reject, perfume gred AAA, perfume singapore. Bagi seseorang yang mementingkan kualiti dan kepuasan the original is the perfect choice.Pendapat admin yang dah lama mencuba, ditipu dan diperdaya dalam bidang perniagaan perfume ni..


PERFUME ORIGINAL REJECT

a.       Perfume Reject boleh pakai.Ketahanan bau setanding original. Produk reject mendapat sambutan yang amat tinggi tetapi bekalan sedikit.. jadi pembekal-pembekal perfume reject mula mencampurkan perfume gred AAA dan Singapore dalam stok mereka, dan mereka declare original reject.. jadi jangan tertipu, kalau rasa lain sangat bau dia pulangkan balik dan dapatkan refund anda . Dapatkan stok daripada pembekal yang jujur dan benar
           
       Kekurangan Perfume Original Reject boleh dilihat pada penampilan botol. Botol calar, tulisan luntur, cat botol tertanggal,penutup longgar, spritzer rosak, tengkuk pada botol bocor. Kurang sesuai untuk di kumpul oleh pengumpul minyak wangi, dan tidak sesuai untuk dijadikan hadiah.

      Kalau untuk pakai sahaja mmg berbaloi untuk wang anda, cuma elakkan beli jenama Chanel dan Creed sahaja, sebab Syarikat Chanel dan Creed mempunyai kawalan yang amat ketat tentang pengeluaran produk mereka. Di USA sendiri produk ini amat sukar didapati di kedai-kedai diskaun, aparah lagi reject.

      Range harga antara RM160 ke RM180, lebih dari tu jangan beli.  

b


PERFUME DUBAI@AA@AAA

a.       Xpayah pakai la, bau confirm lari, xtahan lama, rosak kulit
b.      Memang murah RM60 - RM70 sebotol lepas tu skarang ni ramai yang jual borong untuk mendapatkan balik modal. Memang murah sangat, tapi jangan la sampai orang Tanya “kau pakai perfume ape? Aku Pakai perfume DKNY bla.. bla, lepas tu kawan pun cakap pasal pelik bau dia? Tahan pun memang tak lama. Kebanyakan dry down perfume gred ni bau macam asam boi, haha.


PERFUME SINGAPORE

a.       Sebenarnya perfume Singapore lebih kurang perfume dubai sahaja.. Cuma  kotak dia memang cantik dan sukar dibezakan original atau tidak. Bila buka kotak baru tahu..
b.      Botol mula-mula buka memang sebijik, Cuma bagi orang yang pernah pakai yang original atau dah lama dalam bidang perfume ni.. detail botol memang out penutup pun out.
c.       Bau memang sama macam original tapi kurang sangat pati perfumenya, sehinggakan pada semburan pertama anda akan dapat bau alcohol lebih. Orang putih kata toned down, watered down, diluted.. Malaysian kata cair..tak kaw. Tahan lebih kurang 4-5 jam Tops!. Projection tak jauh, silage (perfume trail x da sangat).

d.      Kalau pakai perfume Original USA spray 3 ke 4 kali, perfume original Singapore kena sembur 10 kali, belum tentu dapat bau dan ketahanan yang sama dengan yang original.


     Semua perkongsian bukan atas dasar untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan atau menyakitkan hati mana-mana pihak yang membaca. Semua perkongsian ini adalah daripada pengalaman admin sendiri. Admin dulu pun pernah jadi pelanggan. Semua kategori perfume admin dah merasa, oleh kerana admin tidak mahu pelanggan-pelanggan tertipu, jadi admin kongsikan pengalaman ini sebagai garis panduan.

1 comment:

  1. Admin.. sy ada soalan.. sy sendiri agen dropship perfume ori tester.. supplier sy ade stor perfume kat kl ngan jb.. n pemborong n agen dia dh tentulah ramai kan.. supp sy ckp yg ori tester nie dtg dr singapore.. soalan sy, bau, n lasting dia sama x mcm tester dr uk, us atau france?

    ReplyDelete