Monday, December 16, 2013

Pengalaman berniaga perfume PART 3

Admin sememangnya meminati perfume dan mengumpul perfume, tapi admin kumpul yang original saja. Sebab sebagai penjual perfume, mmg semua jenis variasi perfume admin dah cuba , dari perfume reject, perfume gred AAA, perfume singapore. Bagi seseorang yang mementingkan kualiti dan kepuasan the original is the perfect choice.Pendapat admin yang dah lama mencuba, ditipu dan diperdaya dalam bidang perniagaan perfume ni..


PERFUME ORIGINAL REJECT

a.       Perfume Reject boleh pakai.Ketahanan bau setanding original. Produk reject mendapat sambutan yang amat tinggi tetapi bekalan sedikit.. jadi pembekal-pembekal perfume reject mula mencampurkan perfume gred AAA dan Singapore dalam stok mereka, dan mereka declare original reject.. jadi jangan tertipu, kalau rasa lain sangat bau dia pulangkan balik dan dapatkan refund anda . Dapatkan stok daripada pembekal yang jujur dan benar
           
       Kekurangan Perfume Original Reject boleh dilihat pada penampilan botol. Botol calar, tulisan luntur, cat botol tertanggal,penutup longgar, spritzer rosak, tengkuk pada botol bocor. Kurang sesuai untuk di kumpul oleh pengumpul minyak wangi, dan tidak sesuai untuk dijadikan hadiah.

      Kalau untuk pakai sahaja mmg berbaloi untuk wang anda, cuma elakkan beli jenama Chanel dan Creed sahaja, sebab Syarikat Chanel dan Creed mempunyai kawalan yang amat ketat tentang pengeluaran produk mereka. Di USA sendiri produk ini amat sukar didapati di kedai-kedai diskaun, aparah lagi reject.

      Range harga antara RM160 ke RM180, lebih dari tu jangan beli.  

b


PERFUME DUBAI@AA@AAA

a.       Xpayah pakai la, bau confirm lari, xtahan lama, rosak kulit
b.      Memang murah RM60 - RM70 sebotol lepas tu skarang ni ramai yang jual borong untuk mendapatkan balik modal. Memang murah sangat, tapi jangan la sampai orang Tanya “kau pakai perfume ape? Aku Pakai perfume DKNY bla.. bla, lepas tu kawan pun cakap pasal pelik bau dia? Tahan pun memang tak lama. Kebanyakan dry down perfume gred ni bau macam asam boi, haha.


PERFUME SINGAPORE

a.       Sebenarnya perfume Singapore lebih kurang perfume dubai sahaja.. Cuma  kotak dia memang cantik dan sukar dibezakan original atau tidak. Bila buka kotak baru tahu..
b.      Botol mula-mula buka memang sebijik, Cuma bagi orang yang pernah pakai yang original atau dah lama dalam bidang perfume ni.. detail botol memang out penutup pun out.
c.       Bau memang sama macam original tapi kurang sangat pati perfumenya, sehinggakan pada semburan pertama anda akan dapat bau alcohol lebih. Orang putih kata toned down, watered down, diluted.. Malaysian kata cair..tak kaw. Tahan lebih kurang 4-5 jam Tops!. Projection tak jauh, silage (perfume trail x da sangat).

d.      Kalau pakai perfume Original USA spray 3 ke 4 kali, perfume original Singapore kena sembur 10 kali, belum tentu dapat bau dan ketahanan yang sama dengan yang original.


     Semua perkongsian bukan atas dasar untuk menjatuhkan mana-mana perniagaan atau menyakitkan hati mana-mana pihak yang membaca. Semua perkongsian ini adalah daripada pengalaman admin sendiri. Admin dulu pun pernah jadi pelanggan. Semua kategori perfume admin dah merasa, oleh kerana admin tidak mahu pelanggan-pelanggan tertipu, jadi admin kongsikan pengalaman ini sebagai garis panduan.

Pengalaman berniaga perfume PART 2

Admin Mengenali pula seorang lagi pembekal perfume pada taun yang sama iaitu tahun 2005, kali ini perfume Singapore pula.. Dikatakan perfume Singapore ini adalah kualiti kedua terbaik selepas perfume dari USA (Original). Cuma jus perfume Singapore kurang pekat sedikit berbanding perfume daru USA (Original). Memandangkan pelanggan memang berahi kalau perfume branded tapi murah ni, saya pun cuba menjual perfume dari Singapore yang dikatakan cuma kurang pekat sedikit sahaja dari perfume USA bau sama, dry down sama, notes layer sama.


Perniagaan perfume original reject dan perfume Singapore berjalan seperti biasa, tapi walaupun admin menjual perfume, ada juga stok2 perfume yang admin buka untuk cuba. Admin berasa rugi dan tidak puas hati sebab nama je jual perfume original reject dan perfume Singapore tapi pakai… perfume original.. shopping mall mari..butik mari.. hahha.


Setelah tiga tahun, pada tahun 2008 admin mula mencari pembekal perfume tulen daripada USA, UK,Switzerland dan bermacam2 negara lagi. Akhirnya Alhamdulillah dapat pembekal yang dipecayai daripada USA, untuk lebih menjaga kualiti dan kepuasan pelanggan admin berbelanja besar untuk membeli stok daripada USA. Dan semestinya berberapa stok admin buka dulu untuk dicuba sendiri. Hasilnya memang amat berpuas hati. Walaupun kotak kadang2 sampai kemik sedikit akibat perjalanan courier yang jauh. Tapi botol tetap cantik dan kualiti jusnya memang original, tahan lama, ada layer effect, detail botol yang sempurna. Ada no siri, ada no batch J. Harga jual juga 30% - 60% lebih murah berbanding pasaran dan malah lebih murah daripada kedai bebas cukai.


To be continued

Pengalaman berniaga perfume PART 1

Mula berkecimpung dalam perniagaan perfume pada tahun 2000 bermacam-macam dugaan pahit manis yang telah ditempuh, jatuh bangun sudah menjadi asam garam dalam apa-apa juga jenis perniagaan. Kali ini admin ingin berkongsi seba sedikit pengalaman perniagaan perfume yang pernah dicuba dari tahun 2000 hingga tahun 2013(current calendar year).



Bermula dengan menjual perfume original reject, admin memulakan perjalanan dalam bidang perfume, dengan bermodalkan simpanan RM500, admin mula membeli stok dan menjual pada rakan-rakan yang dikenali, termasuk rakan-rakan dari sekolah rendah,menengah dan kolej dan juga rakan karib. Ramai yang menjadi pelanggan tetap hingga kini. Untung boleh tahan, belanja harian pun kurang meminta daripada akaun PAMA (papa & mama).

Pada tahun 2005, admin berkenalan dengan sepupu seorang rakan di Pulau Pinang. Beliau mengenalkan admin dengan produk perfume baru. Modal amat rendah, produk perfume ini diberi nama perfume Dubai atau AA atau AAA.

Pada waktu itu memang tiada lagi penjual yang menjual perfume AAA ini  di pasaran Malaysia inikan pula internet(maybe ada..tapi admin xjumpa kot). Kira admin memang rasa pioneer la dalam bidang perfume AAA ni dan reject ni. Perniagaan perfume reject masih dijalankan seperti biasa ditambah pula dengan perfume AAA admin dapat menyediakan pelanggan dengan pilihan yang lebih murah the downfall is that the quality has also been compromised.. tapi waktu tu tidak ramai pelanggan yang tededah dengan kepentingan dan kepuasan membeli produk berkualiti, asal murah jalan.



Perniagaan perfume AAA rancak, tetapi tidak lama bertahan. Bila ramai pelanggan yang tidak berpuashati dengan kualiti dan ketahanan bau produk tersebut. Adoyai. Perniagaan perfume AAA diberhentikan operasi, yang peliknya ramai pula peniaga-peniaga lain yang mula menjual produk perfume AAA, hinggakan sekarang tidak terkira banyaknya di offline mahupun online.


To be Continued

Thursday, November 28, 2013

Peti ais dan perfume



Dalam post ini admin akan berkongsi serba sedikit tentang kaitan perfume dengan suhu, dan apa yang anda boleh dapat daripada meletakkan perfume anda didalam peti ais. Pengetahuan ini jarang dikongsikan kerana selalunya diambil remeh atau hanya dikongsikan kepada rakan atau pelanggan2 sahaja. Selalunya ini dikategorikan sebagai salah satu trade secret jadi jarang didengar.

Gambar diatas ialah sebahagian tester perfume admin yang sedang dalam proses cas semula (recharge). Mungkin rakan2, saudara mara, sahabat handai, dan keluarga admin akan melihat perkara ini sebagai perkara yang pelik disisi akal.. buka je pintu peti ais  akan kedengaran lah suara yang macam.. "mak aih kau.. minyak wangi pun nak aircond..." "hilang akal dah" tapi selalunya admin akan respon pada suara yang berbunyi soalan.. "buat ape letak pewangi dalam peti ais?"

Perfume@fragrance@minyak wangi memang diketahui dibotolkan dengan cara "machine seal" dan tidak dipenuhkan sehingga penuh macam air mineral, jika beli perfume, free space mesti lebih kurang 1cm dari tengkuk botol. ini adalah sebagai cara menangani tekanan dari dalam botol supaya perfume tidak bocor atau meletup kesan daripada tiada ruang untuk pergerakan tekanan. pening2..

Diketahui juga, perfume dikeluarkan berperingkat dan ada perfume yang berusia lebih daripada 10 tahun tetapi masih mempunyai kualiti produk baru dengan kaedah penjagaan yang betul.

Perfume juga disimpan didalam stor bersuhu bilik pada jangka masa yang lama sebelum proses penghantaran, ini menyebabkan pati perfume dan campuran air dan alkohol tidak bercampur dengan baik, ditambah pula ke tidak sebatian apabila perfume tersebut melalui proses penghantaran ke serata pelusuk dunia yang mengambil masa paling kurang 1 bulan, ditambah pula dengan masa penyimpanan oleh pengedar2, kemudian dihantar lagi kepada penjual2, kemudian disimpan lagi didalam stor penjual..

Akhirnya sampai juga perfume2 kepada si pembeli.. dan pemakai..,  Disini admin kongsikan satu cerita daripada pembeli/pemakai. Satu Tengahari pembeli A ingin membeli perfume berjenama Elizabeth Arden 5th Avenue 125ml EDP.. jadi pembeli A pun cuba perfume tester di outlet yang menjual. Setelah try sembur Pembeli A masih tidak membeli, dia ingin tengok dulu berapa lama bau perfume ini boleh tahan dikulit beliau.

Fortunately memang tahan dari tengahari sampai 10 jam dikulit, lepas mandi pun masih ada bau lagi .. edp kan, jadi esoknya pembeli A ni confirm pergi beli.
Unfortunately produk yang dibeli tak tahan macam tester yang dia pakai semalam.. jadi kebetulan dia meluahkan perasaan kepada admin. katanya "saya ada beli perfume original di kaunter tapi xtahan macam yang tester mereka bagi kat saya cuba"

Maka terpanggillah admin utuk berkongsikan kebenaran,strategi dan teknik penggunaan dan penjagaan perfume. Admin tanya balik "miss, nak tanya sikit, rajin ke pakai perfume? dan berapa lama tahan sebotol perfume yang miss pakai?"


"Saya rajin pakai hari2 pakai siang pakai malam pun pakai"paling lama 6 bulan kata pembeli A.
Sebenarnya perfume boleh bertahan selama lebih daripada 6 bulan.. setahun pun boleh.

Syarat dia sebelum pakai ,perfume yang baru dibeli disimpan dalam peti ais selama 3 hari 3 malam berturut2, jangan picit lagi penyembur dia.., baru beli..balik rumah, masukkan terus dalam peti ais.. dengan kotak2 sekali pun xpe. :)

Hasil dari usaha ini, molekul2 pati perfume dan bahan lain akan sebati semula, Teknik ini admin panggil "recharge". Bau perfume akan kembali seperti asal, macam mula2 dihasilkan oleh pihak pengeluar. Bau perfume juga akan tahan lama seperti yang diwar warkan 8 jam hingga 12 jam, setengah2 perfume yang tahan 24jam pun ada.

Perfume yang kita selalu pakai tahan 6 bulan sebab bau tak di recharge, jadi bau da kurang power dari sepatutnya, jadi kita akan over spray perfume tersebut. Tester di shopping mall, butik atau counter shop bau dia sedap sebab tempat letak perfume tester tu sejuk, air cond dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam kan.. jadi perfume hari2 recharge tanpa disedari.

Next post admin akan cuba buat review perfume, selsema pun da ok so boleh menghidu dengan sempurna kembali. Kalu x ok lagi mungkin akan post tentang kaitan jenis darah dengan perfume. Until next time

Admin
Humanperfume









Tuesday, November 26, 2013

Asas bagaimana mengenali perfume adalah original atau tidak




Just to share with all of you, this is developed upon our experiences, findings and references through the net, readings and couple of interviews and engagements with some perfume collectors.

Mula2 sekali..

FIRST

Pastikan di bahagian luar kotak perfume itu ada nombor siri.. nombor siri selalunya terletak di area bar code, sama ada printed atau engraved. Pada kebiasaannya semua perfume original ada no siri ni, pada yang tidak kita boleh guna cara2 lain yang akan dikongsikan .Contoh serial number Macam gambar dibawah
SECONDLY
Kualiti kotak dan tulisan pada kotak itu sendiri menerangkannya.... tapi ada jugak tiruan yang kotak dia macam yang ori.. tapi itu pada pandangan mata orang yang baru kali pertama beli perfume jenis berkenaan atau mmg baru first time beli perfume.. kalau contoh, kita biasa beli DKNY be Delicious.. memang dah pakai 2 3 botol dah, beli kat shopping mall atau outlet authorized dealer. pegang kotak pun dah tau.. berat dia pun dah dapat detect..

THIRDLY
Botol perfume mesti cantik.. tak cacat.. lebih kurang flawless la. tulisan pada botol tak pudar.. takde calar2.. nombor siri pada kotak kebiasaannya mesti ada pada botol. nombor mesti sama macam yang ditulis pada badan kotak. Mcm pic dibawah

FOURTHLY
Cap atau penutup botol perfume tersebut, mestilah ngam2 muat. xketat sangat, xlonggar sangat

FIFTH
Spritzer atau penyembur perfume, sekali kita tekan dia xkeluar lagi kali kedua baru keluar atau ketiga..

SIXTH
Bau perfume sekurang2nya mesti ada 2 layer effect. Selalunya ada 3 layer. Top Note, Middle Note, Dengan Base Note. Kalau masa sembur sama, lepas sejam sama, lepas 3 jam sama je baunya.. kena paham2 la huhuhu. Tetapi ada juga perfume yang direka dan diformulakan untuk bau yang sama sampai habis.. (mengikut pereka perfume dan syarikat perfume berkenaan) susah sikit nak jumpa.

SEVENTH
Ketahanan bau TIDAK SEMESTINYA merupakan faktor perfume itu original. Sebab ketahanan bau mengikut pada cuaca dan kadar meruwap perfume, Jenis kulit seseorang (kering, berminyak, lembab, tebal, nipis) dan juga kadar semburan (sekali spray?, dua kali spray?, lima kali spray?). Mostly perfume original akan tahan 4 jam untuk EDC, 8 jam untuk EDT, 14 jam EDT@EDP, 16 jam untuk EDP, atau 24 jam untuk Parfum..
Kadang2 perfume import didatangkan dalam kotak kedua untuk protection, dan detail2 untuk kita sahkan whether its autnenthic or imitatated...


Original Published by HUMANPERFUME

Hello, Welcome & Selamat Datang ke humanperfume.blog

Hello semua,

Ini adalah blog pertama humanperfume bagi penggemar2 dan pengumpul2 perfume, admin menyediakan platform ini untuk kita semua berkongsi pandangan (reviews sharing) berkenaan perfume2 kegemaran, perfume yang teringin nak dibeli atau perolehi (wishlist), pertanyaan dan perkongsian dikalangan pelawat adalah amat digalakkan.

Disamping itu juga, admin akan mengemaskini blog dengan pandangan tentang perfume2 yang pernah admin cuba didalam post2 di blog ini.

Diharapkan sokongan daripada pelawat akan berterusan, 

Pelawat2 boleh juga menghubungi admin melalui akaun profile facebook humanperfume ,Facebook Fan Page, dan website humanperfume

Blog ini juga bertujuan untuk dijadikan diari koleksi perfume oleh admin dan juga diharapkan agar dapat menjadi bahan rujukan kepada pelawat2 blog ini juga kepada admin.

jadi akhir kata, happy sharing & happy reviewing to all. Till next post :)